Wednesday, December 17, 2008

Antimoni

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di dalam buku teks sejarah halaman 90 dan 91 ada menceritakan tentang hasil galian yang di lombong semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak dan salah satunya ialah antimoni.

Apakah antimoni sebenarnya?

Berdasakan kamus dewan, antimoni ialah sejenis unsur logam (pepejal putih) yg digunakan utk membuat aloi dan semikonduktor.

Istilah antimoni telah diperkenalkan oleh tokoh dalam bidang perubatan iaitu Jabir Ibnu Hayyan (721-766 M).

Antara kegunaannya ialah untuk membuat aloi. Aloi ialah campuran dua atau lebih unsur dan salah satu unsur itu ialah logam.

Contoh aloi ialah piuter iaitu campuran antimoni, timah dan kuprum. Kegunaan piuter ialah untuk membuatu barang perhiasan dan cenderamata.

Antimoni juga merupakan pemangkin dalam proses tindakbalas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas sebelum bahan asas tersebut boleh digunakan, contohnya untuk membuat plastik.

Sumber:

1. http://www.ukhwah.com/article.php?sid=52&mode=thread&order=0&thold=0

2. http://mazlinothman.blogspot.com/2008/10/botol-plastik-pet-ancam-nyawa-oleh.html

3. www.pspnperak.edu.my/kimiat45/Tingkatan4/Hazrein bin A. Hamid/BBM/Aloislaidutama.ppt

3 comments: